|
Siapa? "Okay, masing2 perkenalkan diri" Nadiah / 18 / SPM 2012 bila ada rasa nak blog , blog. Kadang2 dah bukak website blog tapi tak blog sebab rasa malas nak blog. Entah sampai bila nak blog pun taktau. Kadang2 blog biar je berhabuk. Saya suka CoolBlog :) Facebookookie : facebook.com/nurul.nadiah.71271 Twittahhhhh : twitter.com/nadiahmda Ampun maaf diminta kalau ada tersalah atau terkasar bahasa. Nak duit raya boleh ? :D |
Penting ke perkataan tu ?
9/4/2013 Assalamualaikum salam sejahtera! Tadi aku potong sayur nak masak pastu aku jerit sebab ada ulat hew hew. Hihihi Ok, harini aku nak share sikit pasal satu artikel yang aku terbaca tahun lepas. Artikel ini 'di-paku-tekan-kan' dekat board yang berada dalam Bilik Warden. Bilik yang ramai gerun nak bukak pintu or masuk sebab most of the time warden duduk situ. Rasa malu nak bukak pintu pun ada sebab pintu tu kalau bukak bunyi "kreeeekkkk" lepastu semua orang dalam bilik tu pakat tengok gerangan yang bukak pintu. All eyes on you! Malu malu harimau jadinya (berdasarkan pengalaman) hak hak. Artikel tu menarik perhatian aku semasa aku menunggu giliran aku untuk membaca surah2 sama ada Al-Mulk mahupun 3 qul untuk mengetuai satu aspuri. Wahai kawan2 aspuri ku, ingat tak yang kita dok buat syok dapat cakap kat mic nak buat announcement ke apa ke. Tapi ada jugak yang takut ketaq abehh sampai orang lain kena take over. Kenangan kenangan :P *minum air kononnya tengah karang blog/buku/novel/artikel dengan penatnya di waktu malam* Jadi artikel tersebut ialah tentang perkataan "InsyaAllah". Disebabkan aku tak ingat sebijik sebijik cerita dia tapi aku ingat lah pasal apa. Jadi aku telah search encik Google untuk mendapatkan exact kisah tentang Nabi Sulaiman. Alhamdulillah jumpa dan aku hanya meng-copy-paste semula daripada website www.kisahmuslim.com Allah Subhanahu wa Ta’ala pernah menegur Nabi-Nya Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam lantaran ada seorang yang bertanya kepada beliau tentang suatu perkara, lalu beliau berkata besok saya jawab –dengan keyakinan wahyu dari Allah akan turun-. Ternyata wahyu mengenai jawaban terkait tidak kunjung turun dan ketika wahyu datang malah berupa teguran kepada beliau agar mengucapkan insya Allah. Demikian juga kejadian yang dialami Nabi Sulaiman ‘alaihissalam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sulaiman bin Daud ‘alaihissalam pernah berkata, ‘Sungguh, saya akan menggilir seratus isteri saya pada malam ini. Semuanya akan melahirkan anak yang ahli berkuda yang akan berjuang di jalan Allah.’ Lalu temannya berkata kepadanya, ‘Katakanlah ‘Insya Allah’,’ tetapi Nabi Sulaiman tidak mengatakan ‘insya Allah’. Ternyata dari semua isterinya tersebut yang hamil hanya seorang isterinya, itupun hanya melahirkan separuh anak. Demi Dzat yang menguasai jiwaku, seandainya Nabi Sulaiman mengucapkan ‘Insya Allah’, pastilah mereka semua akan berjuang di jalan Allah sebagai pasukan berkuda.” (HR. al-Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat lain yang terdapat di dalam kitab ash-Shahihain juga bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Nabi Sulaiman ‘alaihissalam berkata, ‘Sungguh, saya akan menggilir tujuh puluh isteri saya pada malam ini. Masing-masing akan melahirkan seorang pasukan berkuda yang berjuang di jalan Allah.’ Akan tetapi beliau tidak mengucapkan ‘Insya Allah’. Lantas beliau pun menggilir mereka. Ternyata yang hamil hanyalah seorang isteri yang melahirkan separuh anak, lantas anak tersebut dibawa ke atas kursi Nabi Sulaiman ‘alaihissalam, lalu diletakkan di pangkuannya. Demi Dzat yang menguasai jiwaku, seandainya Nabi Sulaiman ‘alaihissalam mengucapkan ‘Insya Allah’, pastilah mereka semua akan berjuang di jalan Allah sebagai pasukan berkuda.” Hal ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Dan sungguh, Kami telah menguji Sulaiman.” (QS. Shad: 34) Para nabi dan rasul yang merupakan wali-wali Allah pun masih diajarkan beradab kepada Allah untuk mengatakan insya Allah ketika mencita-citakan sesuatu, apalagi kita yang manusia biasa. Sumber: Hiburan Orang-orang Shalih, 101 Kisah Segar, Nyata dan Penuh Hikmah, Pustaka Arafah Cetakan 1 Artikel www.KisahMuslim.com Jadi begitulah kisah Nabi Sulaiman 'alaihissalam :) Just a short sharing of an article and a kisah. Harap sama2 kita dapat sebarkan dan memberi manfaat kepada saudara sesama Islam kita :) Segala yang baik datang dari Allah S.W.T dan segala yang buruk datang daripada saya. Maafkan saya jikalau ada kesalahan. Assalamualaikum. ~✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿~ |