|
Siapa? "Okay, masing2 perkenalkan diri" Nadiah / 18 / SPM 2012 bila ada rasa nak blog , blog. Kadang2 dah bukak website blog tapi tak blog sebab rasa malas nak blog. Entah sampai bila nak blog pun taktau. Kadang2 blog biar je berhabuk. Saya suka CoolBlog :) Facebookookie : facebook.com/nurul.nadiah.71271 Twittahhhhh : twitter.com/nadiahmda Ampun maaf diminta kalau ada tersalah atau terkasar bahasa. Nak duit raya boleh ? :D |
Membazir!
29/4/2013 Assalamualaikum salam sejahtera. Blogging memalam dia ada mood tersendiri. Blogging.................. sambil dengar lagu.......... A Thousand Years. Walaupun hakikatnya lagu ni boleh dikategorikan sebagai lagu lama la jugak (2011) tapi bila dengar mcm ohh teringat zaman2 yg aku sedang hadapi bila lagu tu dikeluarkan. blueeekkk Harini isnin!! lagi setengah jam nak selasa. Isnin minggu lepas akhirnya dapat juga aku merasa satu accomplishment. ecehhh test JPJ wuwuwuwuwuwu~ seperti kedua kakak ku yang sudah bekerja, aku menyertai mereka dalam "Kelab test JPJ dua kali". That particular Isnin, first jpj test ketaqqqqqqqqqqqqqqq tak terkataaa mmg ahhhhhh takut ahh tak tau ah nk describe camna haha. So sampai amik nombor bla bla bla pastu dia bg taklimat sikit lepastu 1 2 3 start!! *bunyi wisel* So masatu aku dapat no 41 sesi 1. Test kat litar start 1-30 dulu so duduk2 ; main pou ku yang busuk ; saling meng-express-kan feeling nervous dekat kawan/calon yang duduk kt sebelah ; memerhati kereta yang naik ke bukit lepastu eeeeekkkkk broom brooom ada yg ke belakang ada yang kedepan ada yang smpai keluar asap ada yg drift. Kawan/calon sebelah aku sebaya aku kot, tk sempat tanya. Dia dapat 30+ smthg so kitaorang boleh dikatakan stage yg sama. Dipendekkan cerita sampai turn aku so masuk kereta. Betul2kan apa semua so nk lepaskan clutch tu kena pelahan2 sbb tak tau kan sampai mana. brek!! amboi kauuuu kereta tu agak kereta lama la jugak, bila brek je kerusi sebelah penumpang tu kreekk kreekk. Rasa mcm lagi sikit je dia nak tekeluar daripada pintu kereta. Aku redha. Tenangkan diri. Awak boleh Nadiah! naikk bukiit ekkkk brekkk tarik handbrek. Tapi aku mcm tk sure jugak lah smpai ke tak line kuning, itu satu kelemahan gua sobbbs. So ada peluang, jgn angkat tangan lagi. Lepas brek pelahan2 ekkkk reverse secara moonwalk muahhahaa. pastu naik balik ekkk smpai line kuning. Angkat tangan mcm princess. Dipendekkan cerita, masa nak buat parking tu, aku lupa nak kasi borang daripada pondok bukit ke pondok parking. Sudah habis 3 penjuru aku pegi kat pegawai JPJ tu lepastu "Haa ni awak tak hantar borang ke tadi?" *blurr* "Eh saya lupa, saya ingat tak yah hantar" "Hmm , kan saya dah bagitau tadi , takpelah" "Terima kasih (ulang sejuta kali)" Aku memang takut di-fail-kan, lagi2 kalau pasai borang tu sahaja, walaupun semua dah past. Alhamdulillah test litar ku sudah pass check! Dipendekkan cerita tang jalan raya aku fail sobbss. Mati enjin rasa dh 4 kali whahahhahahha teruk ngat aihh. Dah lah masa tu dapat KAK JPJ pulakk, tapi dia baik la jugak, siap ikut nyanyi lagu kat radio yang dia pasang lagi. Aku je yang panik lebih Mari kita ke perbualan semasa test JPJ aku untuk jalan raya kali ke-2 dan terakhir Dah bagi salam semua tu , "Boleh saya mulakan check sekarang?" (yang ni ada org recommend supaya pegawai JPJ tak rasa mcm tunggul) Dah check2 semua tu "Saya mulakan jalan ye" (ni pun sama, be as skema as you can) haha Masa test tu semua yg ulang jalan raya mmg dpt pagi2. Calon2 yang first2 la yang akan start ujian dulu, dalam berbelas org jugak la. Jadi tak banyak kereta juga di jalan raya, Alhamdulillah. Eceh waktu nk keluar litar tu aku takut la jugak, sbb selalunya masa kelas aku petang2 jadi bnyk kereta. So bila dah start drive, dah tengah2 perjalanan tu nak dijadikan ceritaaaaa gini "Awak ni lepasan SPM ye?" "Ya" *sambil muka serious dan tangan di stering dengan cermat* "Oh, dah berapa kali dah repeat ?" "2 kali" *sebenarnya patut jwb sekali , sbb aku repeat sekali, otak konfius sbb memandu dengan cermat* "Kena bayar berapa?" "RM 100" "Oh, membazir betul!" Aku sentap. Menjerit di dalam hati. Aku tak sure encik JPJ ni dia nak ckp membazir sbb betul2 dia rasa membazir bayar bnyk sangat semata-mata nak repeat, ataupun dia ckp membazir sbb aku mmg tak reti bawak kereta walaupun dh bayar banyak2 Ya Allah, fail lagi ke aku ni. Redha je lah kalau fail, walaupun kena repeat. haihhh *mengeluh di dalam hati* Dah lah masa aku drive tu kereta tu agak terenjut-enjut jugak lepas tukar gear tapi still berjalan, saja je sebenarnya nak terenjut-enjut, berzikir semasa. Sampai2 litar mmg aku redha lah muka :l je yg aku boleh buat. Alhamdulillah dah lulus, aku taktau lah berapa kali aku ckp terima kasih kat encik JPJ tu sambil suara mcm 'OMGOMG THANKYOU OMGGGG THANKYOU OMG THANKYOU" mcm la mcm takda la aku nk ckp gitu. Alhamdulillah dapat encik JPJ yang baik hati dan pemurah huhu. Goodluck kepada kawan-kawanku yang bakal menghadapi JPJ! ~✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿~ |